ad
AGENDA

Pasaran getah merosot, ditutup bercampur-campur

2 Jun 2020, 10:07 AM
Pasaran getah merosot, ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Pasaran getah Malaysia merosot daripada peningkatan semalam untuk ditutup bercampur-campur hari ini, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, manakala harga minyak mentah yang meningkat diimbangi oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.

Bagaimanapun, katanya, penurunan seterusnya diimbangi oleh keyakinan yang meningkat terhadap pemulihan Covid-19 global.

“Peserta pasaran dijangka memantau prospek pemulihan Covid-19 global, tahap kerosakan ekonomi dan hubungan AS-China untuk petunjuk masa depan,” katanya kepada Bernama.

Pada 12 tengah hari, harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk gred tayar SMR 20 susut 4.0 sen kepada 480.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal naik 4.5 sen kepada 460.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga fizikal rujukan LGM untuk SMR 20 merosot 7.0 sen kepada 477.0 sekilogram, manakala susu getah pukal meningkat 1.5 sen kepada 459 sen sekilogram.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.