ad
EXCO

Tiada kes Chikungunya di Selangor, namun waspada

1 Jun 2020, 9:56 AM
Tiada kes Chikungunya di Selangor, namun waspada

SHAH ALAM, 1 JUN: Tiada kes aktif penyakit Chikungunya dilaporkan di Selangor setakat hari ini walaupun berlaku peningkatan kes di negeri lain, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud bagaimanapun berkata Kerajaan Negeri tetap mengambil langkah berjaga-jaga terutama di sempadan negeri susulan peningkatan kes wabak tersebut di Perak.

"Walaupun tiada kes Chikungunya di Selangor tetapi langkah berjaga-jaga tetap diambil antaranya melibatkan kawasan sempadan seperti di Hulu Selangor.

"Dalam masa sama kita minta masyarakat jaga kebersihan persekitaran dengan hapuskan tempat pembiakan nyamuk sama ada tempat longgokan sampah, rumah tidak berpenghuni, longkang serta tong tadahan air tidak bertutup di dalam dan di luar rumah,” katanya.

Kelmarin Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata bilangan kes Chikungunya di negeri tersebut meningkat 30 kali ganda apabila merekodkan 454 kes sejak awal tahun hingga 23 Mei lalu, berbanding hanya 13 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.