ad
AGENDA

Tiada SOP kediaman untuk pendatang asing

27 Mei 2020, 7:26 AM
Tiada SOP kediaman untuk pendatang asing

SHAH ALAM, 27 MEI: Kerajaan menyerahkan isu pendatang asing tanpa izin (Pati) yang tinggal di luar kuarters atau rumah kongsi kepada Jabatan Imigresen.

Menteri kanan (keselamatan) berkata pihaknya tidak menyediakan tatacara operasi piawai (SOP) kerana mereka memasuki negara ini secara tidak sah.

“Disebabkan mereka masuk secara haram, jadi tiada SOP untuk yang tinggal di luar kuarters atau rumah kongsi. Jadi kita serahkan kepada Imigresen,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Kenyataan itu mengulas SOP terhadap Pati yang tinggal luar dari penginapan disediakan.

Semalam, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan mempunyai SOP tempat tinggal pekerja asing sebagai langkah membendung penularan Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Kuarters pekerja asing diselia Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia manakala rumah kongsi pula di bawah tanggungjawab KSM.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.