ad
AGENDA

Kompaun jika rentas negeri balik kampung

16 Mei 2020, 7:06 AM
Kompaun jika rentas negeri balik kampung

SHAH ALAM, 16 MEI: Mulai hari ini, polis mengenakan kompaun terhadap orang ramai yang merentas negeri tanpa kebenaran termasuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri, kata Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata polis juga melaksanakan 146 sekatan jalan raya di sempadan negeri di seluruh negara.

"Semalam sahaja polis memeriksa 238,500 kenderaan awam, maknanya walaupun kita kata jangan rentas negeri untuk balik kampung, nampaknya masih lagi berlaku.

"Sebanyak 500 kenderaan cuba rentas negeri dengan alasan balik kampung diarah berpatah balik oleh polis semalam," katanya di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan yang ditubuhkan polis semalam mengesan 72 individu atas kesalahan melanggar tatacara operasi piawai (SOP), 60 daripadanya direman manakala 12 lagi diberi jaminan polis.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.