ad
AGENSI

Gagal pamer tanda harga, tiga premis dikompaun

16 Mei 2020, 1:58 AM
Gagal pamer tanda harga, tiga premis dikompaun

SHAH ALAM, 16 MEI: Tiga pemilik premis perniagaan di Ampang masing-masing dikompaun RM1,000 serta-merta kerana gagal mempamer dan menyelengarakan tanda harga terhadap barangan jualan mereka.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehawal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memaklumkan tindakan itu diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 susulan pemeriksaan pegawai penguat kuasa pejabat KPDNHEP cawangan Kajang, semalam susulan aduan awam.

Sehubungan itu, kementerian itu mengingatkan peniaga supaya sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik serta mematuhi peraturan dan undang-undang.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan manakala pengguna perlu merancang perbelanjaan agar tidak melakukan pembelian panik," katanya menerusi kenyataan.

KPDNHEP Selangor turut memaklumkan pemeriksaan di sekitar Kajang dan Bangi mendapati barangan keperluan asas serta pelitup muka adalah mencukupi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.