ad
AGENDA

Cuaca panas tidak boleh matikan virus Covid-19 - ahli sains Rusia

14 Mei 2020, 7:36 AM
Cuaca panas tidak boleh matikan virus Covid-19 - ahli sains Rusia

MOSCOW, 14 MEI: Musim panas tidak mematikan koronavirus yang hidup di permukaan, sebaliknya boleh menyumbang kepada kadar peningkatan kejadian di Rusia, kata pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal di Kazan Federal University, Albert Rizvanov.

Menurut agensi berita Rusia (TASS), Rizvanov yang juga mengetuai pasukan penyelidik untuk menghasilkan vaksin Covid-19 berkata:

"Suhu (udara) yang rendah boleh meningkatkan daya tahan virus: suhu optimum untuk virus empat hingga lapan darjah (Celsius). Bila suhu udara meningkat, virus jadi kurang stabil.

"Namun, virus ini mudah merebak melalui udara (bercakap, bersin, batuk atau hanya dengan bernafas), bersalam dan bersentuhan dengan permukaan baharu tercemar. Virus itu juga boleh terurai dengan lebih pantas walaupun pada ketika musim panas.

Menurutnya, ketika musim panas, orang lebih cenderung keluar dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih kerap. "Ia mungkin menjadi faktor risiko tambahan," katanya.

Rusia setakat ini, mencatatkan 242,271 kes dengan 48,003 pesakit sudah sembuh manakala 2,212 orang lagi meninggal dunia.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.