ad
AGENSI

Kesalahan tanda harga, dua premis dikenakan tindakan

11 Mei 2020, 8:55 AM
Kesalahan tanda harga, dua premis dikenakan tindakan

SHAH ALAM: Dua pemilik premis perniagaan di Kajang dan Seri Kembangan masing-masing dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas kesalahan berkaitan tanda harga, hari ini.

Menurut KPDNHEP Selangor sebuah premis dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal mempamerkan serta menyelenggara tanda harga barangan di premis perniagaannya dan dikenakan kompuan RM1,000 serta-merta.

Sebuah lagi premis dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana harga yang mengelirukan.

Operasi itu dijalankan oleh pasukan penguat kuasa KPDNHEP Kajang.

Sementara itu, pemeriksaan di Pasar Borong Selangor mendapati bekalan barangan asas mencukupi dan tiada kenaikan harga yang tidak munasabah.

"Peniaga diingatkan sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik serta mematuhi peraturan dan undang-undang, manakala pengguna perlu bijak berbelanja," katanya menerusi kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.