ad
AGENDA

Mapim mohon sumbangan RM1 juta untuk ringan beban keluarga miskin

11 Mei 2020, 8:37 AM
Mapim mohon sumbangan RM1 juta untuk ringan beban keluarga miskin
Mapim mohon sumbangan RM1 juta untuk ringan beban keluarga miskin

SHAH ALAM, 11 MEI: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyasarkan sumbangan RM1 juta untuk membantu golongan kurang berkemampuan menerusi program Kasih Ramadan, kata presidennya.

Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sumbangan pelbagai pihak akan diagih dalam bentuk makanan kering kepada 5,000 keluarga miskin dan 10,000 bekalan berbuka puasa untuk golongan fakir miskin.

"Ketika umat Islam menunaikan puasa pada Ramadan masih ramai orang memerlukan bantuan dan tidak cukup makan. Justeru, kita terpanggil untuk membantu mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang bulan mulia ini," katanya.

Mohd Azmi berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan bagi menjayakan usaha membantu mereka dalam kesusahan.

Sumbangan boleh dikreditkan ke akaun Dana Mapim Maybank (5582 2060 5312) atau layari https://toyyibpay.com/Dates4Iftar.

Untuk pertanyaan, hubungi bahagian sekretariat menerusi talian 019-444 3309 (Rozaidi Taib) atau 011-2134 5997 (Fadhil Yusni).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.