ad
AGENSI

60,312 keluarga asnaf terima bantuan raya

5 Mei 2020, 3:35 AM
60,312 keluarga asnaf terima bantuan raya

SHAH ALAM, 5 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan bantuan Aidilfitri bernilai RM27.6 juta secara berperingkat kepada 60,312 keluarga asnaf di negeri ini.

LZS menerusi kenyataan berkata pengagihan itu dilakukan melalui tiga kaedah iaitu bayaran ke akaun bank penerima dan baucar tunai bank (Vcash) mulai hari ini hingga 7 Mei serta tunai untuk kes tertentu.

"Bayaran berbentuk tunai akan mula diserahkan kepada penerima bantuan sehingga 15 Mei secara berperingkat mengikut daerah masing-masing," katanya.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan itu, RM7.2 juta diagihkan kepada golongan fakir miskin membabitkan 14,922 keluarga, RM19.1 juta untuk golongan miskin (41,240 keluarga) dan RM1.3 juta (4,150 keluarga mualaf).

Setiap keluarga menerima bantuan zakat antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.