ad
BERITA UTAMA

MB: Wajib pakai topeng muka jika berurusan di premis kerajaan

4 Mei 2020, 6:10 AM
MB: Wajib pakai topeng muka jika berurusan di premis kerajaan

SHAH ALAM, 4 MEI: Kerajaan Negeri mewajibkan orang ramai memakai topeng muka ketika berurusan di premis kerajaan di seluruh Selangor, kata Dato' Menteri besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihaknya akan memastikan bekalan alat perlindungan diri mencukupi dan peniaga boleh menyediakannya di bahagian hadapan atau kaunter untuk   kemudahan ramai membeli.

"Pastikan pemakaian topeng muka ini menjadi budaya di kalangan masyarakat terutamanya rakyat Selangor, dengan cara itu kita boleh mengurangkan jangkitan Covid-19," katanya kepada SelangorKini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan telesidang bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri bermula jam 10 pagi tadi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.