ad
AGENDA

PKP Bersyarat: Kerajaan pantau keperluan barangan import

4 Mei 2020, 12:32 AM
PKP Bersyarat: Kerajaan pantau keperluan barangan import

RANTAU PANJANG, 4 MEI: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menilai semula keperluan untuk mengimport barangan hasil pertanian, terutamanya dari Thailand apabila sektor ekonomi kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai hari ini.

Timbalan Menteri II kementerian itu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keperluan untuk mengimport barangan itu tidak begitu besar, kerana bekalan pertanian tempatan mencukupi.

"Kebergantungan kepada (barang) import dari luar mungkin tidak berlaku perubahan yang banyak (jika ada). Kita akan lihat keperluan itu, apabila beberapa sektor terutama ekonomi kembali beroperasi," katanya.

Terdahulu Che Abdullah mengadakan lawatan ke pusat pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, semalam.

Beliau juga melakukan pemeriksaan perjalanan barangan pertanian termasuk sayur, buah dan hasil laut dari Thailand, untuk menampung permintaan rakyat negara ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.