ad
AGENDA

Kerajaan kekal larangan balik kampung rentas negeri untuk Aidilfitri

1 Mei 2020, 4:46 AM
Kerajaan kekal larangan balik kampung rentas negeri untuk Aidilfitri

SHAH ALAM, 1 MEI: Kerajaan kekal tidak membenarkan perjalanan rentas negeri untuk balik kampung sempena perayaan Aidilfitri, kata perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei mengekalkan larangan sedemikian kecuali atas urusan tertentu.

"Kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain," katanya dalam perutusan sempena Hari Pekerja hari ini

Beliau berkata aktiviti keagamaan seperti perarakan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan.

Senarai lengkap aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk melalui laman sesawang Majlis Keselamatan Negara yang disemak dari masa ke semasa bergantung perkembangan kes jangkitan Covid-19.

Kerajaan hari ini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan membenarkan hampir semua aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi mulai Isnin dengan amalan tatacara operasi piawai (SOP) kesihatan ketat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.