ad
EXCO

EXCO: Wanita jadi mangsa keganasan rumah tangga diminta buat aduan

30 Apr 2020, 1:39 PM
EXCO: Wanita jadi mangsa keganasan rumah tangga diminta buat aduan

SHAH ALAM, 30 ARPIL: Golongan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinasihat tampil membuat aduan, kata EXCO pemberdayaan wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata aduan boleh dibuat menerusi pelbagai medium antaranya Talian Kasih (15999), Talian Bantuan Pertubuhan Pertolongan Wanita (03-7956 3488), temui kaunselor atau laporkan di balai polis berhampiran.

"Keganasan ini berlaku berikutan isteri dan suami banyak masa berada di rumah susulan PKP dan ketidaktentuan kewangan sehingga menjadi punca seseorang bertindak di luar kawalan.

"Bagaimanapun, saya menasihatkan wanita untuk terus tampil buat aduan. Elakkan pendam kerana hal ini akan lebih memudaratkan diri mereka," katanya kepada SelangorKini.

Selain itu, Dr Siti Mariah berkata jiran juga perlu sentiasa peka jika ada dalam kalangan penduduk di kawasan mereka mengalami penderaan dalam rumah tangga.

Baru-baru ini media melaporkan, sebanyak 353 kes keganasan rumah tangga diterima polis sepanjang 29 hari tempoh PKP bermula 18 Mac.

Isu keganasan rumah tangga disebabkan pelbagai punca termasuk pasangan cemburu, selisih faham berkaitan hal kecil, masalah kewangan dan suami penagih dadah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.