ad
BERITA UTAMA

Petugas PBT Selangor dapat juadah sahur, berbuka sepanjang Ramadan

29 Apr 2020, 1:03 PM
Petugas PBT Selangor dapat juadah sahur, berbuka sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 29 APRIL: Petugas barisan hadapan di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan dibekalkan juadah bersahur dan berbuka puasa mulai esok, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata 15,000 pek makanan yang disediakan sepanjang Ramadan sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral terhadap sumbangan petugas hadapan menangani wabak Covid-19.

"Ini juga salah satu usaha Kerajaan Selangor membantu peniaga kecil tempatan melalui tempahan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.

"Oleh itu, setiap PBT disaran membuat tempahan makanan daripada peniaga berlainan sebagai satu langkah untuk memulihkan ekonomi setempat," katanya dalam kenyataan yang turut memaklumkan RM120,000 diperuntukkan bagi tujuan tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.