AGENDA

Dr Noor Hisham sahkan bayi 18 hari positif wabak

28 Apr 2020, 12:16 PM
Dr Noor Hisham sahkan bayi 18 hari positif wabak

PUTRAJAYA, 28 APRIL: Seorang bayi dikesan positif Covid-19 selepas dilahirkan ibunya yang juga positif wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata tidak dapat dipastikan sama ada jangkitan berlaku semasa bayi itu berada dalam kandungan atau sebaliknya.

"Memang kita ada satu kes ibu mengandung melahirkan anak...18 hari sudah positif.

"Kita tidak pasti (jangkitan) mungkin berlaku masa mengandung tetapi apa yang pasti semasa proses (kelahiran) tiada komplikasi berlaku," katanya pada sidang media harian mengenai Covid-19 di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut mengenai kes berkenaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.