ad
AGENDA

Masyarakat dinasihat dapat kebenaran polis sebelum rentas negeri

27 Apr 2020, 2:35 PM
Masyarakat dinasihat dapat kebenaran polis sebelum rentas negeri

PUTRAJAYA, 27 APRIL: Orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam untuk tujuan perjalanan rentas negeri diingat supaya mendapat kebenaran atau permit perjalanan daripada polis.

"Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan kebenaran di balai polis berdekatan terlebih dahulu sebelum membeli tiket perjalanan bagi mengelakkan kerugian," menurut Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian mengambil maklum mengenai pergerakan orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan termasuk perjalanan rentas negeri apabila syarikat penerbangan kembali membuka operasi untuk penerbangan domestik.

Pada masa sama, katanya, sebagaimana kenyataan media polis semalam, orang ramai dinasihatkan supaya memberikan kerjasama dengan hanya memohon untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri atas sebab-sebab sahih yang ditetapkan.

Kementerian turut menyarankan orang ramai terutama pengguna pengangkutan awam supaya sentiasa mematuhi garis panduan pencegahan wabak Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.