ad
BERITA UTAMA

MB: Daftar e-bazar Ramadan masih dibuka

24 Apr 2020, 10:06 AM
MB: Daftar e-bazar Ramadan masih dibuka

SHAH ALAM, 24 APRIL: Peniaga yang berminat menjual produk makanan menerusi e-bazar Ramadan masih boleh mendaftar di pautan plats.com.my, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri menyediakan 200 ruang untuk golongan berkaitan dan pendaftaran dibuka sehingga akhir minggu pertama Ramadan.

"Setakat ini kita sudah berbincang dengan lebih 100 orang. Kita (Kerajaan Negeri) akui tidak boleh memenuhi hasrat semua dalam keadaan sekarang.

"Berdasarkan rekod kita tahun lepas untuk pengguna aplikasi e-tunai seperti Boost dan sebagainya, ada 4,000 peniaga. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini kita cuba bantu mana yang boleh," katanya ketika wawancara menerusi Instragram Dbilique bersama Farah Fauzana hari ini.

Pada 18 April lalu, Amirudin mengumumkan dua saluran e-dagang khas sempena bulan puasa iaitu Grab Selangor dan Platform Selangor (Plats) manakala juadah akan dihantar syarikat penghantar seperti Grab, BungkusIt, Mr Speedy, Zepto Express dan MatDespatch.

Beliau berkata pratempahan bermula 10 malam sehingga 1 tengah hari dan dengan langkah ini peniaga mempunyai jumlah anggaran tempahan selain dapat mengurangkan pembaziran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.