ad
SELANGOR

Lelaki alih batu penghadang ditahan

24 Apr 2020, 4:11 AM
Lelaki alih batu penghadang ditahan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Polis menahan seorang lelaki kerana mengalihkan batu penghadang jalan di laluan pintas Garing Utama dekat Rawang, malam tadi.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, sepasukan anggota polis yang membuat pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Rawang menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam.

"Apabila tiba di lokasi, penduduk kawasan tersebut menyerahkan seorang lelaki yang didapati mengalihkan batu berkenaan.

"Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Rawang untuk siasatan lanjut kerana ingkar PKP dan sengaja melakukan perbuatan khianat dengan mengalihkan batu tersebut," kata kenyataan itu.

Difahamkan, batu penghadang itu diletakkan bagi mengawal pergerakan keluar masuk orang awam berikutan pelaksanaan PKP.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.