ad
AGENDA

Ramadan paling unik dalam sejarah, muhasabah diri

24 Apr 2020, 2:31 AM
Ramadan paling unik dalam sejarah, muhasabah diri

SHAH ALAM, 24 APRIL: Ramadan pada tahun ini dianggap paling unik dalam sejarah hidup, kata Pengerusi Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya meskipun umat Islam berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia adalah waktu terbaik untuk bermuhasabah, perbaiki diri sehingga masing-masing layak untuk meraih keampunan dan reda Allah.

"Sama-sama kita lipat-gandakan amalan ibadah, terutamanya amalan hati supaya gugur sifat mazmumah dan dihiasi peribadi kita ini dengan sifat mahmudah yang terpuji.

"Moga Ramadan membentuk jiwa dan mendidik rohani supaya kita menjadi hambaNya yang jujur, ikhlas, cekal, iltizam, amanah dan bertakwa.

"Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadan," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.