ad
AGENSI

Kilang buang dakwat ke saliran awam disita

18 Apr 2020, 11:05 AM
Kilang buang dakwat ke saliran awam disita

SHAH ALAM, 18 APRIL: Sebuah kilang percetakan di Kawasan Perindustrian Hi-Tech Semenyih, disita serta-merta hari ini kerana disyaki melepaskan efluen (sisa buangan) industri ke sistem saliran awam.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi kenyataan berkata tindakan kilang itu melepaskan dakwat pewarna ke sistem saliran awam berjaya dikesan oleh Bahagian Penguatkuasaan SPAN bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pengurusan Air Selangor.

"Tindakan pantas anggota penguat kuasa berjaya mengelak perkara ini mengganggu gugat operasi sistem rawatan air di sekitar Sungai Semenyih.

"Aktiviti penyitaan premis dilakukan oleh penguatkuasa MPKj," kata kenyataan itu.

Menurut SPAN, pihaknya sentiasa menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi yang berkaitan bagi memastikan sistem bekalan air sentiasa terpelihara.

Katanya, Bahagian Penguatkuasaan SPAN akan mempertingkatkan lagi pengawasan dan rondaan di kawasan berisiko bagi mengelak pencemaran terhadap sumber air.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.