AGENDA

Insentif jagaan anak: Pemohon bebas pilih pengasuh

18 Apr 2020, 6:16 AM
Insentif jagaan anak: Pemohon bebas pilih pengasuh

SHAH ALAM, 18 APRIL: Petugas barisan hadapan di Selangor yang layak mendapat insentif penjagaan anak-anak bebas milih mana-mana pengasuh atau taska dikehendaki.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dalam soalan lazim memaklumkan pemohon hanya perlu mengemukakan maklumat penjagaan anak ketika mendaftar.

"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak bertanggungjawab atas keselamatan anak-anak mereka. Pengasuh atau taska adalah pilihan ibu bapa sendiri," jelasnya.

Sementara itu, pasangan berpendapatan lebih RM5,000 tetapi salah seorang daripada mereka tidak dibayar gaji ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan juga layak memohon, dengan menampilkan surat daripada majikan.

Insentif yang diumumkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Dua boleh dimohon secara dalam talian bermula 20 April ini menerusi pautan asuhpintar.yawas.my.

Sebanyak RM150 akan diberikan untuk seorang anak bagi tempoh dua bulan iaitu Mac dan April 2020.

Status semakan boleh dibuat di pautan sama selepas lima hari permohonan dibuat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.