ad
ADN

Wakil rakyat sumbang 72 pek makanan kepada penduduk Sungai Ramal

18 Apr 2020, 2:20 AM
Wakil rakyat sumbang 72 pek makanan kepada penduduk Sungai Ramal

SHAH ALAM, 18 APRIL: Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal semalam menyumbangkan 72 pek makanan asas kepada penduduk di kawasannya yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mazwan Johar berkata bantuan meliputi penduduk di Pangsapuri Kenaria yang menerima 26 pek bekalan asas, Pangsapuri Seksyen 16 (31) dan kawasan Seksyen Lima Bandar Teknologi Kajang (15).

"Misi penghantaran seperti yang dilakukan ketika PKP fasa pertama dan kedua, kini diteruskan dalam fasa ketiga bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan atau putus pendapatan," katanya melalui hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Mazwan berkata pihaknya turut membantu memenuhi keperluan dan mengukuhkan barisan pertahanan hadapan negara terutama di Sungai Ramal sepanjang PKP.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.