ad
AGENSI

Pemadam Selangor batal projek 'Adopt Us'

17 Apr 2020, 7:48 AM
Pemadam Selangor batal projek 'Adopt Us'

SHAH ALAM, 17 APRIL: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor membatalkan projek 'Adopt Us' iaitu bantuan dana dan derma orang ramai untuk disumbangkan kepada Zoo Negara.

Pertubuhan itu menerusi Facebook memaklumkan usaha terbabit terpaksa dihentikan berikutan beberapa masalah teknikal tidak dapat dielakkan.

"Kami amat menghargai sumbangan anda dan berterima kasih atas sokongan. Penderma boleh hubungi Sarah di talian 011-2722 4764 untuk pemulangan wang," kata kenyataan itu.

Projek itu bermula sejak 13 April lalu bertujuan memastikan haiwan di Zoo Negara mendapat bekalan makanan mencukupi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.