ad
AGENSI

IPD Petaling Jaya, MBPJ tahan 12 individu ingkar PKP

14 Apr 2020, 7:35 AM
IPD Petaling Jaya, MBPJ tahan 12 individu ingkar PKP

SHAH ALAM, 14 April: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerusi Operasi Bersepadu Covid-19 menahan 12 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Operasi bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membabitkan 15 pegawai dan 47 anggota kedua-dua agensi itu menumpukan kawasan sekitar Taman Medan dan Taman Dato' Harun.

IPD Petaling Jaya menerusi kenyataan di Facebook berkata kesemua individu itu ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 7(1) g Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Matlamat operasi ini bagi mengenal pasti premis perniagaan yang tidak mematuhi arahan PKP.

"Pihak MBPJ mengeluarkan notis arahan tutup serta-merta dan menasihati kesemua premis diperiksa mematuhi arahan PKP. Tidak ada saman dikeluarkan dan penyitaan dibuat," kata kenyataan itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.