ad
PBT

Pasar mini jual minuman beralkohol diarah tutup

14 Apr 2020, 2:41 AM
Pasar mini jual minuman beralkohol diarah tutup

PELABUHAN KLANG, 14 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan sebuah pasar mini di Jalan Buah Mentega di sini ditutup selepas dikesan hanya menjual minuman beralkohol, kata timbalan yang dipertuanya.

Elya Marini Darmin berkata biarpun pemilik premis mempunyai lesen perniagaan sah tetapi aktiviti dijalankan menyalahi peraturan dan arahan penutupan dibuat semasa Rondaan Pemantauan Pematuhan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan Penguatkuasaan Perlesenan ke atas premis perniagaan sekitar Klang Selatan kira-kira 4.30 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati premis ini juga menjual arak iaitu minuman bir dalam tin pelbagai jenama dan kandungan akhohol di bawah lima peratus.

"Pemilik premis diberi amaran supaya tidak hanya menjual minuman beralkohol kerana tindakan lebih tegas akan diambil sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan disertai sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan, Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Perlesenan dan Jabatan Kesihatan berdasarkan aduan orang ramai berhubung aktiviti perniagaan di premis dimiliki warga tempatan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.