ad
EXCO

EXCO: Selangor sokong batal operasi kedai gunting rambut

13 Apr 2020, 8:57 AM
EXCO: Selangor sokong batal operasi kedai gunting rambut

SHAH ALAM, 13 APRIL: Selangor mengalu-alukan keputusan kerajaan melarang operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata keputusan sama turut diambil Kerajaan Negeri dengan mengambil kira faktor kesihatan serta keselamatan orang ramai.

"Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan melakukan perkara sama di Selangor dengan mengambil kira faktor kesihatan serta keselamatan orang ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan hari ini menarik balik kelulusan membenarkan premis tersebut beroperasi selepas mendengar pandangan rakyat serta nasihat kumpulan pakar dan pertubuhan bukan kerajaan.

Larangan tersebut antara tiga arahan terbaharu perdana menteri. Dua lagi adalah melarang penganjuran bazar Ramadan dan membatalkan keizinan pelajar pulang ke kampung masing-masing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.