AGENDA

Covid-19: Hulu Langat, Klang catat kes baharu tertinggi

11 Apr 2020, 4:00 PM
Covid-19: Hulu Langat, Klang catat kes baharu tertinggi

SHAH ALAM, 11 APRIL: Hulu Langat dan Klang masing-masing merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 sehingga 7 malam tadi, kata Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Berdasarkan data BGNS, Petaling merekodkan tujuh kes baharu diikuti Gombak (tiga), Sepang dan Kuala Langat (masing-masing dua) serta Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam (masing-masing satu).

Bagi jumlah keseluruhan kes pula Hulu Langat merekodkan 382 kes, Petaling (338), Klang (163), Gombak (124), Sepang (56), Hulu Selangor (43), Kuala Selangor (29), Kuala Langat (26) dan Sabak Bernam (19)," katanya.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menuntut warga negeri ini patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Menerusi Twitter STFC, sebanyak enam daripada sembilan daerah di negeri ini masih dikategorikan zon merah.

Enam kawasan dikategorikan zon merah adalah Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak, Sepang dan Hulu Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.