ad
AGENSI

Dapatkan bil air menerusi WhatsApp - Air Selangor

10 Apr 2020, 12:00 AM
Dapatkan bil air menerusi WhatsApp - Air Selangor
Dapatkan bil air menerusi WhatsApp - Air Selangor

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Pelanggan Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) kini boleh menerima bil air melalui aplikasi WhatsApp, jika mereka memilih untuk berbuat demikian.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Abdul Halem Mat Som berkata pelanggan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh mendaftar untuk perkhidmatan e-Bil yang bermula pada 1 April, atau mengemas kini maklumat mereka di laman sesawang http://update.airselangor.com untuk menetapkan kaedah penerimaan bil melalui WhatsApp.

"Pelanggan yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan WhatsApp perlu memastikan nombor telefon yang didaftarkan di laman web ini adalah betul dan boleh menerima mesej melalui WhatsApp.

"Untuk maklumat lanjut dan bantuan mengenai bekalan air, pelanggan boleh menghubungi kami di talian 15300, WhatsApp di 019-2800919 atau 019-2816793, media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram) dan laman web Air Selangor (www.airselangor.com),” Katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Air Selangor juga menggalakkan pelanggan untuk memuat turun aplikasi Air Selangor di telefon pintar mereka melalui aplikasi AppStore atau GooglePlay untuk maklumat mengenai bekalan air atau untuk semakan bil air.

Pelaksanaan e-Bil adalah selaras dengan program transformasi Air Selangor untuk bergerak ke arah perkhidmatan digital dengan pelanggan kini dapat menerima bil air dengan lebih pantas dan mudah sama ada melalui e-mel atau dengan mengakses aplikasi Air Selangor.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.