ad
BERITA UTAMA

Permohonan bantuan RM500 kepada peniaga kecil dibuka esok

7 Apr 2020, 2:43 PM
Permohonan bantuan RM500 kepada peniaga kecil dibuka esok
Permohonan bantuan RM500 kepada peniaga kecil dibuka esok

SHAH ALAM, 7 APRIL: Kerajaan Selangor membuka permohonan bantuan sekali bayar RM500 untuk peniaga kecil mulai esok, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Bantuan itu dibuat melalui Pakej Rangsangan Selangor Prihatin fasa kedua yang dibentang Dato' Menteri Besar pada 1 April lalu.

“Insentif disediakan untuk para peniaga kecil dan penjaja Selangor yang berdaftar serta memiliki lesen,” katanya menerusi Twitter malam ini.

Bagi yang berminat boleh mendaftarkan diri di laman ini: http://selangorprihatin.com

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.