ad
AGENDA

KKM nasihat henti ambil alat petugas kesihatan di hospital

6 Apr 2020, 1:19 PM
KKM nasihat henti ambil alat petugas kesihatan di hospital

SHAH ALAM, 6 APRIL: Orang awam dinasihatkan tidak mengambil alat perlindungan diri petugas kesihatan ketika berkunjung ke hospital, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata topeng muka, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman amat diperlukan petugas barisan hadapan untuk merawat pesakit Covid-19.

"Nasihat saya janganlah ambil cecair pembasmi kuman, sarung tangan atau topeng muka di hospital. (Peralatan) itu penting untuk kegunaan barisan hadapan," kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung tindakan seorang individu yang mendakwa memperoleh topeng muka, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman dari Hospital Serdang.

Hospital Serdang dalam kenyataan balas memaklumkan akan memulakan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.