ad
EXCO

EXCO: Kes denggi turun, tiada kematian 

3 Apr 2020, 10:02 AM
EXCO: Kes denggi turun, tiada kematian 
EXCO: Kes denggi turun, tiada kematian 

SHAH ALAM, 3 APRIL: Kes denggi di Selangor menurun dan tiada kematian dilaporkan sehingga bulan lalu, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya juga belum menerima maklumat peningkatan kes di Subang Jaya seperti dilaporkan Ahli Dewan Negerinya, Michelle Ng Mei Sze.

"Jika benar berlaku peningkatan pihak berkuasa tempatan diminta ambil tindakan segera dengan melakukan proses penyemburan di lokasi pembiakan Aedes," katanya kepada SelangorKini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan masyarakat menggunakan masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membersihkan halaman rumah masing-masing.

"Ibu bapa juga perlu bijak gunakan masa terluang sepanjang PKP dengan mengajak anak-anak bersihkan rumah dan pastikan tiada tempat Aedes membiak di kawasan kita," katanya.

Baru-baru ini, Michelle memuat naik di Facebooknya senarai lokasi panas denggi daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya bagi tempoh 22 hingga 28 Mac lalu iaitu di USJ 15, USJ 1, Taman Subang Mas, Batu Tiga, Taman Kinrara dan Taman Perindustrian Puchong dengan jumlah keseluruhan 316 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.