ad
AGENDA

Panduan selamat guna internet untuk anak semasa PKP

3 Apr 2020, 6:29 AM
Panduan selamat guna internet untuk anak semasa PKP
Panduan selamat guna internet untuk anak semasa PKP

SHAH ALAM, 3 APRIL: CyberSecurity Malaysia memberi panduan kepada ibu bapa supaya menunjuk ajar kepada anak-anak mereka demi keselamatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan terdapat enam panduan untuk diikuti anak-anak sebagai langkah berjaga-jaga seperti tidak berbual dengan orang tidak dikenali serta berkongsi nama, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak tidak dikenali semasa dalam talian.

"Keizinan ibu bapa juga diperlukan untuk melayari internet dan had masa ditetapkan bagi tujuan tersebut.

"Anak-anak juga diingatkan hanya berkongsi kata laluan bersama ibu bapa dan bersikap positif dengan bercakap perkara baik dalam talian," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.