ad
ADN

ADN Dusun Tua cadang anjur bazar Ramadan dalam talian

2 Apr 2020, 5:00 AM
ADN Dusun Tua cadang anjur bazar Ramadan dalam talian

SHAH ALAM, 2 APRIL: Idea memperkenalkan konsep bazar Ramadan dalam talian boleh membantu peniaga meraih pendapatan tanpa bimbang terhadap jangkitan Covid-19.

Perkara itu dicadangkan Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof selepas Kerajaan Negeri membatalkan penganjuran bazar berkenaan, tahun ini.

"Usaha baharu seperti 'Selangor Advance' dan Inisiatif Digital Selangor Grab bukan sahaja memacu ekonomi negeri melalui digitalisasi, namun turut menjaga kegiatan ekonomi sedia ada.

"Justeru, idea bazar digital dapat memastikan peluang perniagaan ketika Ramadan diteruskan selain mempersiapkan negeri ke arah itu selepas Malaysia berjaya keluar daripada cabaran wabak ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 memperuntukkan RM100.7 juta bagi memacu ekonomi negeri melalui digitalisasi dengan mencipta peluang baharu dan menjaga pekerjaan sedia ada.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.