ad
AGENSI

Covid-19: Worldwide Holdings bantu Kerajaan Negeri, pasukan hadapan

2 Apr 2020, 4:05 AM
Covid-19: Worldwide Holdings bantu Kerajaan Negeri, pasukan hadapan

SHAH ALAM, 2 APRIL: Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) memperuntukkan RM400,000 bagi membantu usaha Kerajaan Negeri menangani penularan Covid-19 serta peralatan perlindungan peribadi untuk pasukan hadapan, kata ketua pegawai eksekutif kumpulannya.

Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata anak syarikat Kerajaan Negeri itu menerusi Worldwide Prihatin menyerahkan sumbangan RM300,000 bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak itu selain RM100,000 ke Tabung Khas Covid-19.

“Inisiatif ini merupakan tanggungjawab sosial korporat bagi menyokong usaha kerajaan mengekang penularan wabak ini dan ia diteruskan bagi membantu pasukan barisan hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sumbangan wang tunai itu diserahkan Ketua Pegawai Operasi Alam Sekitar Worldwide Holdings, Rosli Ismail kepada Dato’ Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari di Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Covid-19 Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.