AGENDA

Sumbang cermin tutup muka kenang jasa petugas kesihatan

1 Apr 2020, 4:47 AM
Sumbang cermin tutup muka kenang jasa petugas kesihatan
Sumbang cermin tutup muka kenang jasa petugas kesihatan

SHAH ALAM, 1 APRIL: Seorang pegawai perhubungan menyumbangkan 100 unit cermin tutup muka topi keledar untuk kegunaan petugas kesihatan yang ketika ini 'berperang' merawat pesakit Covid-19.

Harris Rajahdin, 39, berkata sumbangan itu bagi menghargai jasa pasukan perubatan yang merawat arwah bapanya di Pusat Perubatan Universiti Malaysia, tahun lalu.

"Saya baca di media sosial mengenai Biji-Biji Initiative iaitu sebuah pertubuhan keusahawanan sosial yang ingin mendapatkan sumbangan orang ramai bagi menghasilkan penutup muka, yang juga antara komponen dalam peralatan perlindungan diri.

"Justeru, saya mengambil inisiatif membeli cermin tutup muka yang lebih tahan lasak menggantikan bahan plastik yang banyak digunakan ketika ini," katanya yang menjelaskan prototaip tersebut sedang dihasilkan.

Harris turut berharap syarikat swasta terutama pengeluar cermin tutup muka menyalurkan bahan tersebut kepada petugas kesihatan kerana jumlah sedia ada tidak mencukupi.

"Bersama kita membantu pada saat-saat sukar supaya tugas mereka dan barisan hadapan lain lebih mudah," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.