ad
AGENDA

Zoo Negara mohon bantuan tampung kos jaga haiwan

30 Mac 2020, 8:10 AM
Zoo Negara mohon bantuan tampung kos jaga haiwan
Zoo Negara mohon bantuan tampung kos jaga haiwan

SHAH ALAM, 30 MAC: Zoo Negara memohon sumbangan daripada orang ramai untuk mengumpul dana bagi menampung kos keperluan penjagaan haiwan seperti makanan.

[caption id="attachment_394913" align="alignright" width="363"] Poster dikeluarkan Zoo Negara bagi memohon sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos operasinya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.[/caption]

 

Menerusi hantaran di Facebooknya, Zoo Negara berkata banyak pihak berdepan tidak menentu pendapatan termasuk pihaknya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung Covid-19.

"Walaupun zoo ditutup kepada umum (berikutan PKP) namun haiwan kami masih memerlukan penjagaan termasuk makanan dan perubatan.

"Orang ramai boleh menghubungi kami di talian 03 4108 3422 atau e-mel [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya yang turut menjelaskan sumbangan boleh dibuat menerusi program anak angkat.

Zoo Negara yang terletak di Ulu Klang menyimpan lebih 5,000 haiwan daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Ia bergantung kepada kutipan tiket bagi menampung kos operasi selain sumbangan daripada syarikat korporat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.