ad
AGENDA

Gardenia jamin bekalan roti cukup

28 Mac 2020, 9:31 AM
Gardenia jamin bekalan roti cukup

SHAH ALAM, 28 MAC: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) memberi jaminan bekalan rotinya cukup bagi keperluan pasaran setelah pengeluarannya ditingkatkan kepada 2.2 juta buku roti sehari.

Pengurus Besar Kanannya Desmond Tan berkata ia akan dihasilkan menerusi kelima-lima kilang milik mereka yang beroperasi 24 jam.

"Pengeluaran ini merupakan penambahan lima peratus dari jumlah pengeluaran sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan dan mampu menampung 60 peratus permintaan dari seluruh Semenanjung," katanya dalam kenyataan.

Sebelum itu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid mengadakan lawatan ke kilang Gardenia di sini hari ini.

Pengeluaran 2.2 juta itu adalah meliputi semua jenis roti termasuk 840,000 roti putih.

Sejak beberapa hari lepas sepanjang tempoh PKP, pengguna merungut apabila bekalan roti Gardenia dikatakan sentiasa habis.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.