AGENDA

Covid-19: Satu lagi kematian, jumlah semua 24

27 Mac 2020, 3:15 AM
Covid-19: Satu lagi kematian, jumlah semua 24

SHAH ALAM, 27 MAC: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah yang maut meningkat kepada 24 orang, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian ke-24 itu membabitkan warganegara Malaysia berusia 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia awal Mac lalu.

Beliau berkata, mangsa mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan hasil ujian pengesahan Covid-19 didapati positif pada 20 Mac.

"Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac jam 9.30 malam semalam," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.