ad
AGENSI

SUK Selangor buka Bilik Gerakan Covid-19

24 Mac 2020, 1:56 AM
SUK Selangor buka Bilik Gerakan Covid-19

SHAH ALAM, 24 MAC: Kerajaan Selangor membuka bilik gerakan Covid-19 bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) melalui hantaran di Facebook memaklumkan kemudahan itu beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.

"Orang ramai boleh menghubungi talian hotline 03-55212345 / 03-55212346 / 03-55212347 atau melalui faks di talian 03-55212351 untuk mendapatkan info terkini atau membuat sebarang aduan berkenaan penularan Pandamik Covid-19 di Selangor," kata kenyataan itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.