AGENDA

Dr Mahathir disahkan negatif Covid-19

22 Mac 2020, 12:12 PM
Dr Mahathir disahkan negatif Covid-19

SHAH ALAM, 22 MAC: Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan negatif jangkitan Covid-19 hasil ujian dijalankan pihak berkuasa kesihatan hari ini.

Pegawainya mengesahkan, bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun masih menjalankan kuarantin sendiri  sebagai langkah pencegahan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan, lapor The Star Online

"Ujian menunjukkan negatif. Bagaimanapun, beliau akan terus kuarantin selama 14 hari," katanya.

Dr Mahathir, 95, dikatakan menjadi kontak rapat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang kini dirawat di Hospital Umum Sarawak kerana positif Covid-19.

Susulan itu, beliau secara sukarela kuarantin diri sendiri untuk 14 hari bagi meminimumkan risiko penyebaran virus itu kepada yang lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.