ad
AGENDA

Singapura kenakan caj rawatan kepada warga asing dijangkiti Covid-19

10 Mac 2020, 8:48 AM
Singapura kenakan caj rawatan kepada warga asing dijangkiti Covid-19

SINGAPURA, 10 MAC: Singapura mula mengenakan caj rawatan ke atas warga asing yang dijangkiti Covid-19 selepas mengesan tiga lagi jangkitan baharu termasuk dua membabitkan rakyat Indonesia.

Reuters melaporkan, langkah terbaru itu berkuat kuasa 7 Mac lalu apabila pihak berkuasa berkata dua pelancong Indonesia yang mempunyai simptom jangkitan berkenaan tiba di Singapura.

Kedua-dua warga Indonesia itu mempunyai simptom Covid-19 sebelum tiba, malah salah seseorang daripada mereka pernah dirawat di sebuah hospital di Jakarta.

Satu lagi kes melibatkan warga Singapura yang pernah melawat kakaknya di Indonesia sebelum mengalami radang paru-paru.

Berdasarkan laman web kementerian kesihatan, rawatan jangkitan pernafasan yang teruk di hospital awam di Singapura biasanya menelan kos S$6,000-S$8,000 (RM18,300-RM24,400).

Bagaimanapun, warga asing yang menjalani ujian pengesanan virus itu adalah percuma.

"Memandangkan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia, dan jangkaan peningkatan dalam bilangan kes yang disahkan di Singapura, kami perlu mengutamakan sumber di hospital awam kami," kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.