ad
AGENDA

Covid-19: Brazil perkenal struktur baharu ekonomi

10 Mac 2020, 4:20 AM
Covid-19: Brazil perkenal struktur baharu ekonomi

BRASILIA, 10 MAC: Brazil memperkenalkan pembaharuan struktur untuk mendepani cabaran ekonomi susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, kata Menteri Ekonomi Brazil Paulo Guedes pada Isnin lapor agensi berita Xinhua.

"Ia merupakan antara kaedah terbaik untuk berurusan dengan pasaran antarabangsa yang sedikit terganggu akibat wabak COVID-19," katanya.

"Pasukan ekonomi berpengalaman dan tenang berdepan situasi itu. Kami telah melalui beberapa kali, kami sudah biasa dengannya, kami tahu bagaimana untuk menanganinya."

Ekonomi negara Amerika Latin itu mencatatkan peningkatan walaupun ekonomi global semakin lemah, katanya.

Tambah beliau, pertumbuhan berterusan bergantung kepada kelulusan Kongres ke atas pembaharuan yang dicadangkan kerajaan berkaitan pencen, program kebajikan dan perbelanjaan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.