ad
AGENDA

MB: Pengganti EXCO masih dibincangkan

9 Mac 2020, 5:50 AM
MB: Pengganti EXCO masih dibincangkan

SHAH ALAM, 9 MAC: Pakatan Harapan akan berbincang untuk menentukan calon bagi menggantikan Datuk Abdul Rashid Asari yang digugurkan sebagai EXCO negeri, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata proses itu mengambil masa dan ia perlu dibuat secara tertib bagi memastikan penggantinya mampu menjalankan tugas sebagai satu pasukan.

"Kita terpaksa ambil masa dan kita buat secara tertib. Bagaimanapun, saya ingin bekerja dengan mereka yang boleh bekerja dan sebagainya.

"Bukan bermaksud kalau tidak terpilih tidak boleh bekerja tetapi kesepakatan dan juga perkenan pelbagai pihak itu harus dilaksanakan. Kita ada masa lagi insya-Allah," katanya selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak hari ini.

Pada 5 Mac pentadbiran Kerajaan Negeri tidak lagi dianggotai Bersatu selepas mengambil kira dinamik politik semasa pada peringkat Persekutuan.

Keputusan tersebut bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya kestabilan dan perpaduan negeri dikekalkan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.