ad
AGENSI

Golf amal PTD Kuala Langat sasar kutipan RM10,000

8 Mac 2020, 5:34 AM
Golf amal PTD Kuala Langat sasar kutipan RM10,000
Golf amal PTD Kuala Langat sasar kutipan RM10,000

KUALA LANGAT, 8 MAC: Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat menyasarkan kutipan lebih kurang RM10,000 menerusi kejohanan golf amal untuk disumbangkan kepada tiga organisasi memerlukan, kata pegawai Tanah dan Daerah Kuala Langat.

Mohd Jusni Hashim berkata kejohanan dianjurkan kelab bersama Kelab Pegawai Tadbir dan Diplomatik Selangor Darul Ehsan disertai 80 pemain terdiri daripada kakitangan agensi Kerajaan Negeri.

“Kejohanan ini adalah sebahagian daripada konsep amal diadakan susulan Kejohanan Sukan Pejabat Tanah dan Daerah (PETANDA) edisi ke-13 tahun lalu menyaksikan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Langat pertama kali dipilih menjadi tuan rumah.

“Kita menyasarkan kira-kira RM3,000 hingga RM5,000 dana dikutip daripada setiap agensi yang menyertainya untuk diberi kepada organisasi berkaitan,” katanya di Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Carey di sini hari ini.

[caption id="attachment_388921" align="aligncenter" width="670"] Dato' Seri Amirudin Shari membuat pukulan sambil diperhati Pegawai Tanah dan Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim ketika Kejohanan Golf Amal anjuran Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat bersama Kelab Pegawai Tadbir & Diplomatik Selangor Darul Ehsan di Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Carey, Kuala Langat pada 8 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Kejohanan bermula pada 8 pagi turut disertai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohamad Amin Ahmad Ahya dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Adi Faizal Tarmizi.

Sebanyak 10 novelties (kategori) dipertaruhkan pada kejohanan tersebut dengan menawarkan hadiah berupa sebuah kereta Perodua Myvi tajaan Avani Sepang Gold Coast Resort.

Mohd Jusni berharap ia menjadi medan mengukuhkan kerjasama antara kakitangan Kerajaan Negeri dalam melahirkan rasa tanggungjawab sosial terhadap golongan memerlukan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.