ad
AGENDA

Angkatan Tentera Malaysia nafi anggota dijangkiti Covid-19

5 Mac 2020, 11:42 PM
Angkatan Tentera Malaysia nafi anggota dijangkiti Covid-19

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat kes Covid-19 di Pangkalan Udara Subang dan Kementerian Pertahanan (Mindef), di sini.

Perkara berkenaan disahkan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang semalam.

"Perkara itu tidak benar. Sebenarnya Panglima Operasi TUDM ada mengadakan lawatan di sebuah hospital swasta di Subang yang terdapat kes pesakit Covid-19 ditempatkan di situ.

"Bagaimanapun, beliau sudah diperiksa dan dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga dan disahkan bebas daripada jangkitan. Perkara ini disalah tafsir," katanya.

Dalam pada itu, Affendi turut menafikan terdapat kewujudan mesin pengimbas suhu badan di bangunan Mindef.

"Saya sendiri ada di Mindef, takkan saya tidak tahu mengenai perkara berkenaan (pengimbas suhu badan). Jadi ia tidak tepat," katanya.

Terdahulu, tersebar di aplikasi WhatsApp kononnya berlaku penularan wabak Covid-19 dalam kalangan anggota ATM yang mengambil langkah berjaga-jaga khususnya di Pangkalan Udara Subang serta kewujudan mesin pengimbas suhu badan di tingkat 18 bangunan Mindef.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.