ad
AGENDA

Hari Keputeraan Agong setiap Isnin pertama Jun

4 Mac 2020, 6:56 AM
Hari Keputeraan Agong setiap Isnin pertama Jun

PUTRAJAYA, 4 MAC: Kerajaan bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tahun ini dipinda dari Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan juga bersetuju mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

"Hari Keputeraan Rasmi diisytiharkan sebagai hari kelepasan am," katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.