ad
AGENDA

Majlis Presiden Pakatan sokong Dr Mahathir calon perdana menteri

29 Feb 2020, 3:26 AM
Majlis Presiden Pakatan sokong Dr Mahathir calon perdana menteri

SHAH ALAM, 29 FEB: Majlis Presiden Pakatan Harapan (Pakatan) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

Pakatan dalam kenyataan pagi ini berkata Pakatan tegas menentang sebarang usaha 'kerajaan pintu belakang' terutama melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan yang merosakkan usaha reformasi.

"Pakatan merupakan gabungan yang mendapat mandat jelas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Oleh itu, demi mempertahankan perjuangan Pakatan menyatakan sokongan penuh terhadap Tun Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri," katanya.

Kenyataan itu juga menegaskan,Pakatan berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuang manifesto.

Pagi tadi, perdana menteri sementara bertemu pemimpin Pakatan dan memperoleh sokongan untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus beliau sedia dilantik sebagai perdana menteri kelapan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.