AGENSI

Masyarakat disaran kekal tenang, tidak buat spekulasi

27 Feb 2020, 12:38 AM
Masyarakat disaran kekal tenang, tidak buat spekulasi

SHAH ALAM, 27 FEB: Polis Selangor meminta masyarakat untuk kekal tenang dan tidak menimbulkan perkara tidak diingini di sebalik situasi politik semasa negara ketika ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya juga sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan bagi mengawal keselamatan negara, lapor Sinar Harian.

"Kita sentiasa bersedia memberi jaminan keselamatan. Walaupun proses demokrasi berjalan dengan baik, saya sarankan masyarakat kekal bertenang," katanya selepas merasmikan Program Neighbourhood Watch Kontinjen Selangor Siri 1/2020 di Hub Perindustrian Suntracks, di sini semalam.

Pada 24 Februari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai keadaan politik semasa sehingga menjejaskan keamanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.