ad
AGENDA

Banci 2020: SPR-Jabatan Perangkaan jalin kerjasama strategik

22 Feb 2020, 7:53 AM
Banci 2020: SPR-Jabatan Perangkaan jalin kerjasama strategik
Banci 2020: SPR-Jabatan Perangkaan jalin kerjasama strategik

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan Perangkaan Malaysia dalam melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) bermula 7 Julai ini.

[caption id="attachment_386240" align="alignleft" width="333"] Foto Facebook MyCensus2020[/caption]

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataaan hari ini berkata banci itu akan melalui proses modenisasi membabitkan pembangunan ‘Malaysia Statistical Address Register’ di bawah Sistem Populasi Census Bersepadu oleh Jabatan Perangkaan.

“Ia dilihat amat bermanfaat untuk negara dan membuka ruang serta peluang kepada penambahbaikan berterusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat pada masa akan datang," katanya.

Perkara itu, katanya dicapai hasil lawatan dan perbincangan bersama Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada Khamis lalu, yang merupakan kesinambungan kepada usaha serta kerjasama baik antara kedua-dua pihak demi faedah dan kepentingan negara.

Azhar berkata SPR amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan bagi menjayakan pelaksanaan banci itu kerana ia merupakan aktiviti yang sangat penting dan signifikan untuk memberikan gambaran sebenar mengenai situasi kependudukan semasa Malaysia.

Katanya, ia juga akan menjadi sumber rujukan dan asas penting kepada perancangan pembangunan negara.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.