ad
PBT

Penguat kuasa PBT jalan tugas baik, ikut SOP

22 Feb 2020, 4:03 AM
Penguat kuasa PBT jalan tugas baik, ikut SOP

SUBANG JAYA, 22 FEB: Penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menjalankan tugas dengan baik dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kata EXCO Kerajaan Tempatan.

Justeru, Ng Sze Han berkata orang awam perlu memberi kerjasama baik bagi memudahkan urusan penguatkuasaan dilakukan dan boleh membuat aduan jika tidak berpuas hati.

“Mereka bertindak dengan baik, Kerajaan Negeri lihat selama ini penguat kuasa melakukan tugas dengan baik dan mengikut SOP. Jadi kita harap orang awam boleh bekerjasama dan faham tugas mereka,” katanya kepada media di Kempen Kesedaran Menyayangi Haiwan Peliharaan, di Taman Wawasan, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas beberapa insiden kekasaran orang awam terhadap penguat kuasa di negeri itu ketika melaksanakan tugas.

Pada masa sama Sze Han berkata penggunaan kamera web oleh anggota penguat kuasa bagi merakam dan memantau tugasan anggota itu dilaksana dalam masa terdekat.

“Kita jangka ia boleh dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi. Spesifikasi kamera yang akan digunakan bergantung kepada keperluan dan bajet PBT masing-masing,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.